Monday, 18 August 2014

Susu kambing bagus ke untuk bayi?

Susu yang terbaik untuk bayi adalah SUSU IBU. Tak kiralah ibu tu kuat makan petai ke, petola ke, sambal budu ke apa, khasiat susu ibu tetap sempurna.

Susu kambing dibahagikan kepada tiga kategori iaitu ;

1. Susu kambing mentah ( raw/non unpasteurized milk )

Susu kambing mentah adalah susu segar yang tidak dipanaskan atau dimasak selepas proses bagi mengekalkan kandungan nutrien dan zat vitamin yang ada dalam susu kambing mentah tersebut. ---tidak sesuai untuk bayi.

2. Susu kambing segar ( pasteurized milk )

Manakala, susu kambing segar diklasifikasikan susu yang telah dipanas dan dimasak pada suhu yang ditetap (tidak kurang 73°C) untuk membunuh bakteria yang terkandung dalam susu tersebut.

Susu kambing untuk bayi sukatannya berbeza. Contohnya kalau umur bawah 2 tahun kena cairkan 1:1. 50ml susu kambing kena tambah 50ml air masak. Kerana jika susu kambing semata bimbang kandungan mineral yg tnggi tidak sesuai untuk buah pinggang bayi bimbang yang masih belum matang sepenuhnya.

3. Susu kambing proses

Susu kambing Tok Ali adalah produk susu yang berasakan susu kambing yang telah diproses menjadi serbuk yang sesuai diminum dari bayi, dewasa dan warga emas. Mengikut fakta saintifik, susu kambing tanpa tambahan apa-apa formula sudah cukup segala nutrisi dan keperluan.

"Dairy Goat Co-operative Research update" yang berpengkalan di New Zealand,ada menerangkan tentang kebaikan susu kambing sebagai alternatif terbaik selepas susu ibu.

Sumber info:
http://www.dgc.co.nz/benefits.cfm

No comments:

Post a Comment